Wednesday, July 29, 2009

PROFAIL KRT FASA 234 TAMAN MAWAR

SEJARAH PENUBUHAN
Pada awal tahun 90an , Taman Mawar adalah satu kawasan penempatan kepada pekerja-pekerja kilang yang kebanyakannya adalah bujang. Oleh yang demikian, kawasan Taman Mawar adalah kawasan yang terkenal dengan unsur-unsur keruntuhan moral di kalangan anak-anak muda yang rata-rata datangnya daripada kawasan Pantai Timur.Oleh itu, jawatankuasa penduduk Taman Mawar telah bekerja sama dengan pihak Balai Polis Pasir Gudang lalu tertubuhnya Skim Rondaan Kejiranan bagi membendung gejala-gejala yang tidak sihat. Sebagai makluman, pasukan Skim Rondaan Kejiranan ini jugalah yang telah bersungguh-sungguh memohon dan menguruskan segala keperluan, bancian penduduk dan meminta tandatangan penduduk dalam usaha mendirikan surau di Taman Mawar iaitu Surau Al-Barakah, Taman Mawar. Faktor inilah yang menyebabkan hubungan antara Surau Al-Barakah ( yang terletak di tengah – tengah kawasan ) dengan Skim Rondaan Kejiranan, yang kemudiannya dikenali sebagai KRT Fasa 2, 3 dan 4 yang amat rapat sekali.
Kawasan Fasa 2, 3 dan 4 adalah meliputi 32 batang jalan, iaitu
Jalan Mawar 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20, 21, 22, 23, 24 , 25 , 26, 27, 28, 29, 30, 31, 32, 33, 34, 35, 36, 37, 38, 39 ,40, 41, 42, 43, 44 dan Jalan Mawar 45.
Latar Belakang KawasanIanya merangkumi pelbagai lapisan penduduk iaitu :
Melayu - 75 %
India - 12 %
Cina - 11 %
Lain-lain - 02 %
Kawasan ini terdiri daripada 3 Fasa ( fasa pembinaan oleh Pemaju Perbadanan Johor ).
Fasa 2 dibina paling awal iaitu pada tahun 1994, terdiri daripada 192 unit rumah teres setingkat. Fasa 3 dibina pada 1995 sebanyak 339 unit rumah teres 2 tingkat dan Fasa 4 dibina pada tahun 1996 dengan jumlah yang lebih banyak iaitu 416 unit rumah teres 2 tingkat.
KEJIRANAN TERAS KESEJAHTERAAN
Kawasan Rukun Tetangga Fasa 2,3 & 4 Taman Mawar, Pasir GudangPenduduk di kawasan ini adalah seramai 4085 orang mengikut bancian yang telah dijalankan oleh Biro Kebajikan dan Sosial pada hujung tahun 2005 di mana jumlah kaum adalah seperti berikut :-
Melayu - 2955 orang
Cina - 445 orang
India - 485 orang
Lain-lain - 161 orang
Kemudahan Sedia Ada
1. Surau Al Barakah
2. Balai Polis Pasir Gudang
3. Balai Bomba Pasir Gudang
4. Sekolah Kebangsaan ( SKPG 4 )
5. Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMKPG 2 )
6. Sekolah Agama Negeri Johor ( Sek Agama Taman Mawar )
7. Sekolah Keb/ Men Maahad Tahfiz
8. Klinik Swasta ( Penawar , Hijrah )
9. Balai Serbaguna
10. Tadika Swasta ( Pintar Bistari , PASTI Al Irfan dan Sinaran )
11. Bangunan Pusat Aktiviti KRT
12. Dataran Mawar
13. Gelanggang Futsal
14. Gelanggang Bola Keranjang
15. Gelanggang Bola Jaring
16. Bangunan Kedai
17. Padang Bola
18. Taman Permainan

1 comment:

Followers