Wednesday, July 29, 2009

KAWASAN RUKUN TETANGGA FASA 2,3,4 TAMAN MAWAR

Kawasan Rukun Tetangga Fasa 2 , 3 dan 4 Taman Mawar merupakan satu kawasan di bawah Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang yang kawasannya diperihalkan menjadi satu Kawasan Rukun Tetangga Johor Bahru.Keluasan Kawasan Rukun Tetangga Fasa 2 , 3 dan 4 Taman Mawar ini lebih kurang 55 ekar dengan bancian penduduk pada Disember 2005 menunjukkan jumlah seramai 4085 orang.Kawasan Rukun Tetangga Fasa 2, 3 dan 4 Taman Mawar ini telah diwartakan pada pertengahan tahun 2004 dan dipengerusikan oleh Encik Ahmad bin Mohd Ali serta bersama 28 Ahli Jawatankuasa induk KRT terus bergerak aktif dalam pelbagai aktiviti dalam usaha untuk memupuk perpaduan antara kaum yang terdapat di Fasa 2 , 3 dan 4 Taman Mawar.KRT ini mempunyai komposisi kaum yang majoritinya Melayu akan tetapi perhubungan antara kaum berjalan dengan baik. Semua kaum telah dapat memainkan peranan masing-masing untuk terus menjaga keharmonian masyarakat.KRT Fasa 2 ,3 dan 4 Taman Mawar terus menggerakkan aktiviti dan program yang dapat merapatkan hubungan kemasyarakatan seperti kegiatan kesukanan , keagamaan , rekreasi , perkhemahan , tabika , dan aktiviti kekeluargaan demi menanam nilai-nilai murni dalam diri semua kaum.KRT Fasa 2, 3 dan 4 Taman Mawar juga sentiasa menganjurkan aktiviti-aktiviti , program – program bersama-sama pertubuhan sukarela , NGO-NGO dan agensi-agensi kerajaan untuk terus menggerakkan hubungan dan seterusnya mendapat banyak maklumat yang boleh dikongsi bersama.KRT Fasa 2 ,3 dan 4 Taman Mawar telah mendapat beberapa penghargaan dari Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang kerana telah memainkan peranan dalam memupuk perpaduan masyarakat.
Posted by KRT FASA 234 TAMAN MAWAR

No comments:

Post a Comment

Followers